Monday, December 19, 2011

Seminggu sebelum tamat sesi persekolahan tahun 2011 hari tu telah diadakan Majlisa Anugerah Kecemerlangan bg PASTI kawasan Batu Gajah di hadapan PASTI Taman Tasik Idaman. Bapak hanaya hantar kita semua sebab ada kelas ganti...Majlis bermula agak lambat mungkin sebab hujan, membuatkan budak-budak dah bisang...Majlis selesai pada jam 12 lebih. Berbanding dengan tahun lepas, kali ni majlis agak hambar.



Sumaiyyah ambil trofi untuk beberapa subjek yg dia dapat markah terbaik di PASTInya...tahniah, walaupun agak menurun sikit tahun ni hehehe....


Persembahan nasyid dari PASTI AR-Rahmaniah, Tronoh. Lagu sama tahun lepas. Eh! mana Isa??


tu dia Isa...hehehe. Semangat nyanyi. Walaupun sebelum tu buat2 sakit dada tak nak naik pentas nyanyi. Lepas isi perut terus bersemamgat.


Sumaiyyah dan jubah konvonya. TAHNIAH! Tahun depan dah masuk tahun 1.


Isa pun dapat hadiah juga hehehe...tahun depan kat PASTI lagi...baru 5 tahun. Tapi InsyaAllah  di PASTI yg lain sebab kita dah nak pindah rumah baru.



Saturday, December 17, 2011

Ismail dah "dewasa"

Plan asal pada 14/12/2012 hari tu, sunatkan Ismail dan Iman kat klinik biasa. Seperti yg dirancang....dalam pukul 10.00 bapak bergerak  bawa boys dua org tu ke klinik di Batu Gajah. Temujanji pukul 10.30 am. Ibu kat rumah dah tak senang duduk. Tiba2 bapak call cakap, ada problem. Ismail kena refer ke doktor pakar sebab dia punya lain dari yg lain....jenis  'buta'. Doktor tu takleh nak terudkan sebab tak cukup kelengkapan.

So, plan bertukar...Bapak terus balik ke rumah ambik ibu untk ke Pantai Putri Ipoh. Sumaiyyah dan Isa tinggalkan kat rumah cikgu lili(kawan ibu). Terima kasih banyak2.


Sampai kat hopital terus rujuk doktor pakar...Dr. Saw. Bila check Dr. Saw cakap "reconstructing" dan pembedahan kecil terpaksa dilakukan. Ismail terus dimasukkan ke wad. Dan dalam pukul 4 pm lebih pembedahan dijalankan ...selesai setelah 1 jam lebih. Alhamdulillah semua dah selamat....dah 'dewasa' dah anak ibu yg sorang ni....Tunggu abg Iman pulak...bila lagi???




sebelum pembedahan...berdebar2 menungggu....



keesokan harinya...dah selamat dah. dapat main game! yeaaaa!


bapak suap lunch ismail. chicken chop lagi huhuhu...


isa cakap tunggu dia 6 tahun baru dia nak sunat hehehe....



MashaAllah bilnya.....Alhamdulillah fully covered by UTP.

Thursday, December 15, 2011

Dah 29 weeeks


Dah lama ibu tak update cerita kat sini. Alhamdulillah. Tak lama lg kita akak dapat ahli baru dalam keluarga kita. due 28/2/2012, insyaAllah. Ni gambar scan masa 29 week (13/12/2011) hari tu. Perkembangan baby OK. Air ketuban cukup. Baby pun dah tak songsang. Semua org excited. Persiapan kali ni macam persiapan nak dapat first baby sbbnya semua barang2 baby dah bg kat org. Semua nak kena beli baru. Baru beli sikit je...baju2 je. harap smuanya berjalan lancar. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya. Amin.