Tuesday, April 28, 2009

Term 2 bermula....

Semalam term 2 persekolah bermula. Iman tak ke sekolah sbb tak sihat. Sumaiyyah pula dah mula kindy 4 hari seminggu banding term lepas hanya 2 hari seminggu. Semalam pagi2 tu asyik hujan...sejuk...so, bapak yg hantar Ismail dan Sumaiyyah(12.45T/hari). Ibu pergi ambil je jln kaki tapi baliknya tumpang kereta kawan ibu auntie liza. Jenuh nak pujuk Sumaiyyah masuk dalm kereta...yg memang susah nak naik kereta org...dah nangis pun....


hasil 'keras tgn' Sumaiyyah semalam..rantai kat leher dia tu...

sibuk suruh ambil gambar dia buat muka2 cam tu...


Saturday, April 25, 2009

Pertama kali....

Hari ni cuti umum di Adelaide...Anzac Day. So, semlm kami keluar beli brgan dapur sbb kat sini bila cuti umum, semua kedai akan tutup.
Dan utk pertama kalin semlm Sumaiyyah keluar shopping tanpa pakai dryper... wah!Tahniah my princess!. Masa siapkan dia...mati2 dia tak nak pakai dryper coz katanya dia dah big girl. Dan Alhamdulillah bila nak buang air dia ckp...cepat2 pergi cari toilet. Melompat happy dia coz ni pertama kali guna toilet awam. Nampak sgt dia happy. Well Done!


Nilah tempat kami pergi semalam, Ingle Farm Shopping Centre...shopping centre paling dekat dgn rumah...semua ada...

B'day wishes utk Sumaiyyah dr auntie Leen.

Ni b'day wishes dr Auntie Leen utk Sumaiyyah...tq auntie Leen.
Terharu Sumaiyyah....

Friday, April 24, 2009

Tak sihat...

Sejak semalam Iman tak sihat...mlm tadi dia tido awal dan badannya agak panas. Pagi ni dia muntah...rasanya sbb semlm dia tak mkn apa, perut tu kosong...
Dua tiga hari lepas Isa yg tak sihat ...kerap buang air besar sampai melecet punggung. Sejak dia dah berenti susu badan selalu mcm tu...perut blm serasi kot.
Sebelum tu Ismail yg demam....
Tinggal Sumaiyyah yg blm lg di duga oleh Allah SWTdgn sakit..Allah uji kita dgn sakit sbb nak uji kesabaran...nak bagi pahala dan nak hapus dosa...





Minggu lepas ada jemaah masturat dr Melbourne dtg sini...so Sabtu tu ibu pergi taklim...ramai org dtg. Layan gambar 4 sekawan ni sebelum pergi tak lim. Boys ikut bapak main kat park...Sumaiyyah ikut ibulah duk taklim.Isa tu comot...sempat main bedak masa ibu tengah bersiap.

Wednesday, April 22, 2009

B'day Sumaiyyah

Perkara:B'day Sumaiyyah ke 4
Lokasi: Atlanta Ave.
Waktu: Pukul 6 lebih...dah lepas Maghrib...tunggu bapak balik dr Uni dulu...bapak sibuk sekarang ni...
Tarikh: 21/4/2009

anak bapak....potong kek dgn bapaklah .....


semua dah tak sabar nak mkn kek....


"alah busuk bapak..muaaaah!"...


"sayaaaaang sumaiyyah"...


4 sekawan dng bapak....apasal mata ismail cam tu??...


dgn ibu...alamak dah nampak ketembaman ibu hihihi...
kena dietlah cam ni.....

Tuesday, April 21, 2009

Sumaiyyah dah 4 tahun




to my princess


zwani.com myspace graphic comments


Moga jadi anak solehah...



dipermudah kehidupan oleh Allah SWT di dunia dan akhirat.



Kisah Sumaiyyah bt Khayyat

Dialah Sumayyah binti Khayyat, hamba sahaya dari Abu Hudzaifah bin Mughiroh. Beliau dinikahi oleh Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekkah sehingga tidak ada kabilah yang dapat membela, menolak dan mencegah kezaliman atas dirinya, karena dia hidup sebatang kara. Posisinya menjadi sulit dibawah naungan aturan yang berlaku pada masa Jahiliyah.
Begitulah Yasir mendapatkan dirinya menyerahkan perlindungannya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup dalam kekuasaan Abu Huzaifah. Dia akhirnya dinikahkan dengan budak wanita bernama Sumayyah, tokoh yang kita bicarakan ini. Beliau hidup bersamanya dalam suasana yang tenteram. Tidak berselang lama dari pernikahan tersebut, merekapun dikaruniai dua orang anak, yaitu ‘Ammar dan Ubaidullah
Tatkala ‘Ammar hampir menjelang dewasa dan sempurna sebagai seorang laki-laki beliau mendengar agama baru yang didakwahkan oleh Muhammad bin Abdullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam kepada beliau. Maka berfikirlah ‘Ammar bin Yasir sebagaimana yang difikirkan oleh penduduk Mekkah, sehingga kesungguhan beliau di dalam berfikir dan lurusnya fitrah beliau, menggiringnya untuk memeluk Dienul Islam.
‘Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya dalam keadaan merasakan lezatnya iman yang telah terpatri dalam jiwanya.
Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami hingga pertemuannya dengan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, kemudian menawarkan kepada keduanya untuk mengikuti dakwah yang baru tersebut. Ternyata Yasir dan Sumayyah menyahut dakwah yang penuh berkah tersebut dan bahkan mengumumkan keislamannya sehingga Sumayyah menjadi orang ketujuh yang masuk Islam.
Dari sinilah dimulai sejarah yang agung bagi Sumayyah yang bertepatan dengan permulaan dakwah Islam dan sejak fajar terbit untuk pertama kalinya.
Bani Makhzum mengetahui akan hal itu, karena ‘Ammar dan keluarganya tidak memungkiri bahwa mereka telah masuk Islam bahkan mengumumkan keislamannya dengan kuat sehingga orang-orang kafir menyikapinya dengan menentang dan memusuhi mereka.
Bani Makhzum segera menangkap keluarga Yasir dan menyiksa mereka dengan bermacam-macam siksaan agar mereka keluar dari dien mereka. Mereka memaksa dengan cara menyeret mereka ke padang pasir tatkala cuaca sangat panas dan menyengat. Mereka membuang Sumayyah ke sebuah tempat dan menaburinya dengan pasir yang sangat panas, kemudian meletakkan diatas dadanya sebongkah batu yang berat, akan tetapi tiada terdengar rintihan ataupun ratapan melainkan ucapan Ahad….Ahad…., beliau ulang-ulang kata tersebut sebagaimana yang diucapkan juga oleh Yasir, ‘Ammar dan Bilal.
Suatu ketika Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam menyaksikan keluarga muslim tersebut yang tengah tersiksa secara kejam, maka beliau menengadahkan tangannya ke langit dan berseru : "Bersabarlah keluarga Yasir karena sesungguhnya tempat kembali kalian adalah surga"
Sumayyah mendengar seruan Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam, maka beliau bertambah tegar dan optimis dengan kewibawaan imannya. Dia mengulang-ulang dengan berani: "Aku bersaksi bahwa engkau adalah Rasulullah dan aku bersaksi bahwa janjimu adalah benar".
Sehingga bagi beliau kematian adalah sesuatu yang sepele dalam rangka memperjuangkan aqidahnya. Di hatinya telah dipenuhi kebesaran Allah ‘Azza wa Jalla, maka dia menganggap kecil setiap siksaan yang dilakukan oleh para Thaghut yang zhalim, yang mana mereka tidak kuasa menggeser keimanan dan keyakinannya sekalipun hanya satu langkah semut.
Sementara Yasir telah mengambil keputusan sebagaimana yang dia lihat dan dia dengar dari istrinya. Sumayyah pun telah mematrikan dalam dirinya untuk bersama-sama dengan suaminya meraih kesuksesan yang telah dijanjikan oleh Rasulullah shallallâhu ‘alaihi wa sallam.
Tatkala para Thaghut telah berputus asa mendengar ucapan yang senantiasa diulang-ulang oleh Sumayyah maka musuh Allah, Abu jahal melampiaskan keberangannya kepada Sumayyah dengan menusukkannya sangkur yang berada dalam genggamannya ke tubuhnya. Maka terbanglah nyawa beliau dari raganya yang beriman dan bersih. Dan beliau adalah wanita pertama yang syahid dalam Islam. Beliau gugur setelah memberikan contoh yang baik dan mulia bagi kita dalam hal keberanian dan keimanan, yang mana beliau telah mengerahkan segala apa yang beliau miliki, dan menganggap remeh kematian dalam rangka memperjuangkan imannya. Beliau telah mengorbankan nyawanya yang mahal dalam rangka meraih keridhaan Rabb-nya. "Dan mendermakan jiwa adalah puncak tertinggi dari kedermawanan".
(Diambil dari buku Mengenal Shahabiah Nabi shallallâhu ‘alaihi wa sallam dengan sedikit perubahan, penerbit Pustaka AT-TIBYA

ambil dr:http://nafizazwan.blogspot.com



Sumaiyah
by Hijjaz


Dalam diri selembut sutera
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama dirimu bak lentera
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasadmu milik tuan
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi
ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut
menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik, sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah











Thursday, April 16, 2009

Bila berkaca mata hitam...

Bukan main lg sumaiyyah n Isa bergaya dgn spek hitam ibu...cheeewah!

sepupu baru...


Nilah Nasyrah..sepupu baru...anak che ngah n pak ngah ali(tak tahu panggil apa ni blm pernah jumpa hihihi). Moga sihat2 selalu ...nanti panjang umur berjumpalah kita....

Saturday, April 11, 2009

Apa kami buat malam ini sebelum tido??



anak dara ni dah mengantuk ni...sempat lagi posing...nak tido kena hisap susu dulu....


Isa sibuk dgn buku je...dia memnag suka buku...



Iman n Ismail....hampir tiap2 mlm melukis dulu sblm tido...itulah hasil mlm ni...



Dah lena dah....tinggal Isa sorang yg blm tido sbbtadi dia tido lama....ibu dah ngantuk ni Isa....
Semua tido bilik ibu coz bapak takde ,pergi Melbourne(Ijtimak)...moga jadi sumber hidayah buat kita sekeluarga dan umat seluruh alam...

Cuti sekolah term1 bermula...

Sekolah cuti start semalam hingga 26/4....seronoklah 4 sekawan tu...peninglah ibu melayan kerenah diaorg. Asyik2 lapar je nanti ...dahlah cuaca dah makin sejuk...

Sepanjang term 1....alhamdulillahIman, Ismail dan Sumaiyyah dah dpt sesuaikan diri dgn sekolah baru diaorg.
Iman, cikgunya dah buatkan satu program khas utk dia(sbb dia slow sikit...). Hari tu dah dpt laporan test yg dibuat kat atas Iman thn lepas berkenaan masalah dia tu. Hasilnya, Iman ada sedikit masalah pembelajaran tapi tidak perlukan sekolah khas utk dia....Iman ni dikira ada masalah dalam short attention span..so psychologist tu dah senarai bbrp langkah yg boleh diambil oleh cikgu dan ibu dan bapak utk tolong Iman. So, sekarang ibu dan bapak kena beri tumpuan lebih kat Iman.... Alhamdulillah...moga semuanya dipermudahkan Allah SWT.



Ismail pulak dah tamat kelas super starternya. Tahniah!!. Tapi giling kepala ibu dan bapak bila baca komen cikgu kat report...sebijik mcm kat rumah kalau suruh belajar. Berbeza dgn Iman walau slow tapi rajin...Ismail ni...payah sikit....



ni dia komen cikgu dia...harap2 bila dah besar dia akan berubah....

Sumaiyyah pulak dah start cuti minggu lepas. Dan next term dia akan sekolah 4 hari seminggu sbb dah masuk 4 thn. Dah hari tu cikgu dah minta kami t/tgn surat minta sorang pakar dr jab. pendidikan utk bantu Sumaiyyah atasi masalah malunya yg melampau tu...dtg seminggu sekali. Kami setuju aje, free... lagi pun bagus juga utk Sumaiyyah. Sumaiyyah kan pemalu....so, harap ini dpt bantu Sumaiyyah. Kami pun amat hairan kenapa dia amat pemalu bila ada org asing...sbb kat rumah dialah yg paling ceria dan petah....


Friday, April 3, 2009

ISA

Untuk yg rindukan Isa...

ibu nak suap tak nak...nak mkn sendiri...
tu pasal comot...





suka sangat masuk bilik air...pantang lepa....ada je projek. Pernah punggungnya nak jatuh dlm mangkuk toilet sbb panjat sendiri n nak duduk mcm org besar...isa...isa....


video
Ni Isa masa kecil2 dulu...masa umur 7-8 bulan...

Thursday, April 2, 2009

Ismail bawa balik bear

Nilah bearnya....puppy sebenarnya.

Hari ni turn Ismail buat balik' bear'...sekali dgn buku laporan. masa pergi ambil Ismail tadi terkejut ibu bila Ismail bg satu bag merah. Aunty Liza yg ada kat situ ckp 'bear tu...tambah anak lg sorang'... sambil gelak hihihi.
Awal2 tu berebutlah semua nak main dgn bear tu...kecuali Iman(dah besar dah pun). Satu kerjalah pulak nak kena tulis laporan apa buat kat rumah dgn bear tu...English lak tu...bapaklah ygbuat. Ibu mana pandai omputih ni...


Ismail posing dgn 'bear'....

Wednesday, April 1, 2009

Consent letter


Hari ni teacher Sumaiyyah bg borang utk diisi...borang utk minta sediakan sopport services utk Sumaiyyah. Sumaiyyah ni kalau depan org teramatlah pemalu so teacher dia cadangkan minta ada sorang dr Dep.Of Edu. kat sini utk latih dia bergaul dan sebagainya....
Hairan juga ibu n bapak, kenapa Sumaiyyah pemalu teramat mcm tu sbb kat rumah punyalah ceria orgnya...Dr segi perkembangan belajar dan matang dia lebih cepat dr abg2 dia....
Semoga dgn cara ni ibu n bapak harap dpt beri kesan terbaik buat Sumaiyyah.

buah hati kami..