Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

Bapak Pi USA

Hari ni bapak bertolak ke USA. 3 bulan bapak akan berada di Bethlehem, Pennsylvania bersama dengan Department of Civil & Environmental Engineering, Lehigh University untk buat penyelidikan yang berkaitan dengan unbonded post-tensioned structures for seismic resistance.
Pertama kali ibu ditinggalkan dengan 4 sekawan untuk waktu yg agak lama. Semoga Allah permudahkan segalanya. Untuk bapak, semoga segala urusan di sana berjalan lancar dan berada dalam peliharaan Allah SWT.




Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, March 11, 2011

I ♥ U Bapak!!!

Malam tadi sebelum tidur, Iman datang kat Ibu yg tengah basuh pinggan kat dapur dan cakap, "Ibu, ni surat untuk bapak", sambil tunjuk kertas kat tangan. "OK", kata ibu. Bapak balik lambat dari masjid malam tadi sebab ada jemaah dari India di Masjid Tronoh. Bila bapak balik, masuk bilik dan keluar dengan kertas tu..." siapa buat ni?", tanya bapak kat ibu. " oh ye! Iman pesan suruh bagi abg tadi" kata ibu...Bapak pun terus tulis kata-kata semngat kat kertas tu.

Nilah kertas tu...

lukisan kereta dan gun. Sebenarnya sebelah petang tu bila balik dari kerja kita main 'game'. Bapak minta semua lukis kereta yang paling canggih dan lepas siap lukis kena ceritakan kat semua. Iman lukis kereta yg sama macam kat gambar atas tu tapi tak warnakan.

Ini pula kereta Ismail. Isa punya entah kat mana dia letak, ibu tak jumpa. Sumaiyyah pula tak nak lukis kereta. Dia llukis rumah dan permandangan....apa2 jelah...Tapi diaorang nampak seronok main 'game' macam tu. Kereta siap boleh potong pokok, masuk dalam air dan macam-macam lagi hehehe...


lukisan ni diwarnakan oleh Sumaiyyah....lawan dengan ibu, siapa yg paling cantik? Tapi bapak selalu kena puji Sumaiyyah je sebab nanti dia merajuk huhuhu...

Wednesday, January 12, 2011

First time naik feri.. @ Penang

Tarikh: 9 jan 2011
Destinasi: Penang

Kami ke Penang sebab ikut my hubby buat show bersama SGE. Bila balik kami ambik peluang naik feri. First time! 4 sekawan tu teruja. Tapi bila naik je feri, Ismail cakap...laaaa ingatkan naik kapal besar, sambil tunjuk kapal cruise. Huhuhu...Untuk perjalanan balik ke tanah besar, free je sebab dah bayar tol masa masuk ke pulau hari tu...


tunggu untuk masuk ke feri...


posing itu kemestian...hehehe

hirup angin laut....


feri...


permandangan...


dah sampai dah....lepas tu kami terus bertolak ke rumah adik ipar my hubby. Ziarah beliau yg baru lepas eksiden. Alhamdulillah semuanya dah beransur baik.



Tuesday, December 29, 2009

Kami dah nak balik!!!!!

Daisypath Vacation tickers



tak sabar rasanya....
brg2 dah shipping...
tinggal cuci rumah je belum... yeah!!!!!

Tuesday, September 29, 2009

WAJAH TERKINI!!!

Buat famili di kg, nilah wajah terbaru kami...apa yg beza dgn gambar raya?? hihihi...4 sekawan tu dgn fesyen rambut baru . Ni gara2 Ismail dan Iman dijangkit kutu. Dah lama dpt surat dr sekolah , minta check kepala anak2 sbb ada kes kutu kat sekolah...check, takde...chek, takde...tiba2 satu hari chck ada telur kutu kat kepala Ismail dan Iman. Nasib baik Sumaiyyah takde. Apa lagi, dan dan tu juga bapak buat operasi cukur rambut 3 boys tu...sumaiyyah ibu pootng pendek je. So sekarang tak perlulah risau pasal kutu lagi hihihi....


posing depan rumah sebelum pergi rumah terbuka ISMA


satu famili kat rumah terbuka aidilfitri ISMA..


gambar diambil pada Ahad 27/9/2009

Friday, September 25, 2009

Hijau di 1 Syawal 1430H....

Raya tahun ini sekali lagi kami bersembahyang di Masjid Al Khalil ....sampai lambat. Jenuh mencari parking. Warna tema tahun ni hijau, terima kasih buat famili kat kg belikan baju ni dan pos kat kami. Hijau pun hijaulah...Baju samapai sehari sebelum raya...jenuh ibu jahit sini sana sbb ada seluar yg terlalu panjang...


bergambar satu keluarga...bukan senang...


masa ni baru sampai...org dah ramai...

masa ni siap sembahyang...bersalam-salaman dan posing2...


macam2 bangsa ada...nak pulak org ni bergambar dgn Iman dan Ismail...

berjalan balik...isa dah mengamuk nak turun....lepas tu nak pergi rumah terbuka...


bergambar kenangan kat Masjid Al Khalil...raya aidilfitri terakhir di bumi Adelaide...insyaAllah....






Friday, September 4, 2009

nasyrah (anak che ngah...)

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Scrapbook at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Baru dpt email dr che cnik tadi...tq!!!. Makin tembam...geram pipi tu....

Thursday, September 3, 2009

Perkembangan.

Lama tak update cerita2 kami..dah mcm2 benda berlaku. Sekarang dah masuk bulan Ramadhan... kali terakhir buat kita sekeluarga di bumi oz ni , insyaAllah. Bila puasa ni lagilah ibu rasa macam tak cukup masa...kejap je dah nak berbuka...selalu kelam kabut je..hish...hish...

Hari tu masa keluar shopping terjumpa talam tu...terus beli dua, makan dalam talam kita bulan ramadhan ni...4 sekawan pun yg tak berapa selera makan, makan byk....seronok semua. Dulu2 kat Malaysiakan kiita memang macam ni..kan?

Tahun ni Iman dan Ismail baru sehari puasa(hari ni dah puasa ke-13). Iman, sbb dia tak berapa sihat...batuk teruk. ...baru je reda. InsyaAllah minggu depan mula puasa balik. Ismail...hihihi mcm tak harap je dia puasa....lagi2 kat sini yg takde suasana puasa langsung kat sekolah. Tunggu balik. Malaysialah.

banyak lagi cerita...ada masa nanti sambung balik....

Tuesday, August 4, 2009

Satu keluarga tak sihat....

Bermula minggu lepas satu keluarga tak sihat. demam, selsema batuk...satu pakej dapat! Allah nak beri sedikit ujian buat kami sekeluarga. Bermula dengan Ismail terus berjangkit ahli keluarga yg lain dan higga sekarang bapak yg masih lg belum sihat. Anak2 dah sihat dah mula ke sekolah hari ni. Alhamdulillah. Esok bapak ada temujanji dgn doktor, harap 2 hanyalah demam biasa....


Tuesday, July 7, 2009

Bapak potong rumput??

Pertama kali dalam hidup bapak potong rumput hihihi...baru dia tahu camne rasa. Dulu kat M'sia blhlah upah org je...duk kat sini...sayang duitlah pulak. Servis mahal. Rumah yg dulu tuan rumah yg uruskan...yg ni...bwh agen, kena uruskan sendiri....

potong...jgn tak potong....
balik m'sia nanti blh buat part time...tambah pendapatan hihihi....


alahai jgn nangis....sikit lagi tu....

Kat bawah ni peneman bapak....Iman blm turun lagi....




Wednesday, June 3, 2009

Bila bapak gumbira....

Sabtu
Berbekalkan karipap, pagi2 bapak dgn rela hatinya ikut kehendak ibu nak ke garage sales.
Destinasi pertama....

Ini kali kedua ibu ke sini...dulu K.Ros n Liza dah bawa ibu ke sini...kalau tak ibu tak tahu pun...terima kasih banyak2...

Antara perabut2...kat luar...


Kat dalam...pinggan mangkuk, brgan letrik, baju, cadar, kasut, buku dll.


Boys, semua ikut bapak...sumaiyyah ikut ibu. Byk 2 jugalahb eli...baju hujan (50 sen), mug (10sen), buku2 dll.

Lepas tu ke garage sales....balik masak sup ayam je utk lauk lunch n dinner.



Ahad
Ahad pun aktiviti sama..pergi shed sales lg... sarapan dgn mee goreng dan pancake sebagai bekal...


Lepas tu pergi beli lauk basah n shopping brgan dapur.
Tapi yg bestnya, hari ni ibu cuti masak2...bapak yg jadi chef.

bapak tekun masak...sumaiyyah tu tolong apa?...tolong masak ke...tolong posing??

Nilah hasilnya...lunch n dinner kami...bila tanya resepi...rahsia katanya. Hahaha yg sbenarnya dia dah tak ingat letak apa. Mula2 tu memang dia ikut buku resepi(beli semlm kat shed sales- AUS1.00)..tapi dia tambah mcm2 pulak. Apa2 pun anak2 suka...Ismail ckp "My dad is no 1 chef"....siap nak cerita kat cikgu hari ni...

p/s: harap bapak dpt masak lagi lain kali ye...sayaaaang abg!