Showing posts with label Ismail. Show all posts
Showing posts with label Ismail. Show all posts

Friday, March 11, 2011

I ♥ U Bapak!!!

Malam tadi sebelum tidur, Iman datang kat Ibu yg tengah basuh pinggan kat dapur dan cakap, "Ibu, ni surat untuk bapak", sambil tunjuk kertas kat tangan. "OK", kata ibu. Bapak balik lambat dari masjid malam tadi sebab ada jemaah dari India di Masjid Tronoh. Bila bapak balik, masuk bilik dan keluar dengan kertas tu..." siapa buat ni?", tanya bapak kat ibu. " oh ye! Iman pesan suruh bagi abg tadi" kata ibu...Bapak pun terus tulis kata-kata semngat kat kertas tu.

Nilah kertas tu...

lukisan kereta dan gun. Sebenarnya sebelah petang tu bila balik dari kerja kita main 'game'. Bapak minta semua lukis kereta yang paling canggih dan lepas siap lukis kena ceritakan kat semua. Iman lukis kereta yg sama macam kat gambar atas tu tapi tak warnakan.

Ini pula kereta Ismail. Isa punya entah kat mana dia letak, ibu tak jumpa. Sumaiyyah pula tak nak lukis kereta. Dia llukis rumah dan permandangan....apa2 jelah...Tapi diaorang nampak seronok main 'game' macam tu. Kereta siap boleh potong pokok, masuk dalam air dan macam-macam lagi hehehe...


lukisan ni diwarnakan oleh Sumaiyyah....lawan dengan ibu, siapa yg paling cantik? Tapi bapak selalu kena puji Sumaiyyah je sebab nanti dia merajuk huhuhu...

Saturday, September 26, 2009

Monday, September 14, 2009

penatnya dia berpuasa...

Tragedi dipetang 22 Ramadhan...tidur selepas penat merengek nak berbuka puasa. kebetulan hari tu cuaca agak panas...Ismail..Ismail...




Thursday, September 3, 2009

Perkembangan.

Lama tak update cerita2 kami..dah mcm2 benda berlaku. Sekarang dah masuk bulan Ramadhan... kali terakhir buat kita sekeluarga di bumi oz ni , insyaAllah. Bila puasa ni lagilah ibu rasa macam tak cukup masa...kejap je dah nak berbuka...selalu kelam kabut je..hish...hish...

Hari tu masa keluar shopping terjumpa talam tu...terus beli dua, makan dalam talam kita bulan ramadhan ni...4 sekawan pun yg tak berapa selera makan, makan byk....seronok semua. Dulu2 kat Malaysiakan kiita memang macam ni..kan?

Tahun ni Iman dan Ismail baru sehari puasa(hari ni dah puasa ke-13). Iman, sbb dia tak berapa sihat...batuk teruk. ...baru je reda. InsyaAllah minggu depan mula puasa balik. Ismail...hihihi mcm tak harap je dia puasa....lagi2 kat sini yg takde suasana puasa langsung kat sekolah. Tunggu balik. Malaysialah.

banyak lagi cerita...ada masa nanti sambung balik....

Saturday, June 20, 2009

Ismail sakit lidah.

Dalam pukul 12 t/hari semalam bapak call dr uni ckp yg cikgu bagitahu Ismail sakit lidah kat sekolah...minta ibu pergi. Dahlah tengah masak, Isa tengah tido n sumaiyyah blm mandi...kelam labut juga pergi. Sebenarnya sakit tu dah start hari khamis(semarin), tapi ingat biasa2 je...rupanya melarat.
Sampai kat sekolah, tengah waktu lunch...kwn2 Ismail tgh lunch tapi Ismail duk kat depan....cikgu tengah pujuk2 dia...muka sedih je...(Ismail memang pandai bab lakon2 ni...). Dengan persetujuan cikgu ibu bawa Ismail balik...n Iman pun sbb malaslah nak pergi ambil lg sekali karang...urusan mudah je, cuma perlu t/tgn kat buku di ofis sekolah.

Kesian....meleleh2 air liur sbb dia tak tutup mulut dia...tak selesa...

dari dekat....jenis ulser juga rasanya...buat masa ni hanya pakai bonjela. Kalau tak kurang kena bawa doktorlah gayanya. Harap2 cepat baik...kesian nak mkn pun tak selesa...

Tuesday, June 9, 2009

Di suatu malam....

Biasa selepas maghrib, aktiviti baca buku...sama ada reading book harian atau story book yg pinjam kat library seminngu sekali. Semua suka, kecuali Iman yg tak berapa gemar baca2 buku ni...

Ismail 'baca' buku library....Ismail tak berapa pandai baca lg...perkataan yg senang2 dan biasa junpa dia tahulah...


sebelum tu diaorg ni main2 toys dulu...


"ibu, baby cry..." kata Isa...pandai isa.....


iman tak bg ambil gambar dia...masa ni dia tengah merajuk sbb apa ntah..dah lupa...

Wednesday, June 3, 2009

Bergaya dgn baju baru dr kg!

Untuk famili kat kg terutamanya kat Trg...ni gambar 4 sekawan malam tadi...gumbira dpt baju upin n ipin dr kg....terus bergaya dgn baju baru dan tido dgn baju baru tu. Terima kasih buat che chik, che su, che ngah n mok we yg tolong beli n hantar baju tu sekali dgn dodol n keropok.





entah apa2lah gaya 4 sekawan ni...kalau bergambar mcm tulah gayanya...

Sunday, May 17, 2009

Gift Hari Ibu

Kami takdelah meraikan hari ibu...kerana hari ibu bukan utk satu hari tertentu...ibu dikenang sepanjang hayat...doa utk ibu sepanjang masa....Tapi anak2 tetap ada bagi hadiah dan kad...dah buat kat school diaorg...

dari Sumaiyyah.


dr Iman


dr Ismail.



kad dr Ismail

Pada hari ibu tu Iman n Ismail kena bawa duit 2 -6 dollar utk beli hadiah. Ibu bagi 2 dollar je. Itulah hadiah pilihan mereka. Seronok bukan kepalang sbb dpt bawa duit dan belanja sendiri....

Terima kasih buat anak2 ibu...tiada lain ibu minta hanya kalian membesar jadi anak soleh/solehah.... doa utk kami....