Thursday, December 15, 2011

Dah 29 weeeks


Dah lama ibu tak update cerita kat sini. Alhamdulillah. Tak lama lg kita akak dapat ahli baru dalam keluarga kita. due 28/2/2012, insyaAllah. Ni gambar scan masa 29 week (13/12/2011) hari tu. Perkembangan baby OK. Air ketuban cukup. Baby pun dah tak songsang. Semua org excited. Persiapan kali ni macam persiapan nak dapat first baby sbbnya semua barang2 baby dah bg kat org. Semua nak kena beli baru. Baru beli sikit je...baju2 je. harap smuanya berjalan lancar. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya. Amin.









Friday, June 17, 2011

Baru Seminggu.....

gambar terbaru bapak....posing cute hahahaha.
(pakai camera baru le tu...)



Baru seminggu bapak pi USA....lambat lg nak balik huhuhu.
Cabaran hebat juga uruskan semuanya sendirian tanpa bapak. Alhamdulillah ada che su dan 'makwe' yg teman dan bantu ibu. Taklah terasa sangat. Kesian kat bapaklah...sorang2 je. ..ditempat asing lak tu. Tapi ada kelebihan juga, bapak dah pandai masak sendiri hehehe...http://krenmaut.blogspot.com/2011/06/makan-apa-di-bethlehem.html. bapak nanti ada chanlah ibu gilir2 masak ^_^.
Bapak pun pi uni jalan kaki je dr apartment dia, azam nak kurus dalam masa 3 bulan hehehe. http://krenmaut.blogspot.com/2011/06/khas-untuk-wife-jalan-kaki-dari.html. Ibu kena lawan ni...nampaknya kena pi aerobik tiap2 hari le ni huhuh. Boleh ke dr sekali seminggu jadi tiap2 hari??? tunggu dan lihat siapa yg berjaya!



Wednesday, June 8, 2011

Bapak Pi USA

Hari ni bapak bertolak ke USA. 3 bulan bapak akan berada di Bethlehem, Pennsylvania bersama dengan Department of Civil & Environmental Engineering, Lehigh University untk buat penyelidikan yang berkaitan dengan unbonded post-tensioned structures for seismic resistance.
Pertama kali ibu ditinggalkan dengan 4 sekawan untuk waktu yg agak lama. Semoga Allah permudahkan segalanya. Untuk bapak, semoga segala urusan di sana berjalan lancar dan berada dalam peliharaan Allah SWT.




Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, March 14, 2011

Isa tulis nama ibu dan bapak.

by Isa....lg seminggu lebih nak masuk 4 tahun. Syabas!

Isa minta ibu eja nama ibu dan bapak. Itulah hasilnya. OKlah kan, baru 3 bulan pergi sekolah, umur pun baru nak masuk 4 tahun. Huruf 'r' dan 'm' tu kena tolong...cakap mcmana bentuk huruf2 tu.... Yg lain Isa sendiri. Terbalik pun ada hehehe. Lepas tulis bila suruh baca balik, Alhamdulillah dia kenal semua huruf2 tu. Note: Isa pun macam Ibu dan abg Iman, kidal.

Friday, March 11, 2011

I ♥ U Bapak!!!

Malam tadi sebelum tidur, Iman datang kat Ibu yg tengah basuh pinggan kat dapur dan cakap, "Ibu, ni surat untuk bapak", sambil tunjuk kertas kat tangan. "OK", kata ibu. Bapak balik lambat dari masjid malam tadi sebab ada jemaah dari India di Masjid Tronoh. Bila bapak balik, masuk bilik dan keluar dengan kertas tu..." siapa buat ni?", tanya bapak kat ibu. " oh ye! Iman pesan suruh bagi abg tadi" kata ibu...Bapak pun terus tulis kata-kata semngat kat kertas tu.

Nilah kertas tu...

lukisan kereta dan gun. Sebenarnya sebelah petang tu bila balik dari kerja kita main 'game'. Bapak minta semua lukis kereta yang paling canggih dan lepas siap lukis kena ceritakan kat semua. Iman lukis kereta yg sama macam kat gambar atas tu tapi tak warnakan.

Ini pula kereta Ismail. Isa punya entah kat mana dia letak, ibu tak jumpa. Sumaiyyah pula tak nak lukis kereta. Dia llukis rumah dan permandangan....apa2 jelah...Tapi diaorang nampak seronok main 'game' macam tu. Kereta siap boleh potong pokok, masuk dalam air dan macam-macam lagi hehehe...


lukisan ni diwarnakan oleh Sumaiyyah....lawan dengan ibu, siapa yg paling cantik? Tapi bapak selalu kena puji Sumaiyyah je sebab nanti dia merajuk huhuhu...

Wednesday, January 12, 2011

First time naik feri.. @ Penang

Tarikh: 9 jan 2011
Destinasi: Penang

Kami ke Penang sebab ikut my hubby buat show bersama SGE. Bila balik kami ambik peluang naik feri. First time! 4 sekawan tu teruja. Tapi bila naik je feri, Ismail cakap...laaaa ingatkan naik kapal besar, sambil tunjuk kapal cruise. Huhuhu...Untuk perjalanan balik ke tanah besar, free je sebab dah bayar tol masa masuk ke pulau hari tu...


tunggu untuk masuk ke feri...


posing itu kemestian...hehehe

hirup angin laut....


feri...


permandangan...


dah sampai dah....lepas tu kami terus bertolak ke rumah adik ipar my hubby. Ziarah beliau yg baru lepas eksiden. Alhamdulillah semuanya dah beransur baik.



Saturday, December 11, 2010

Seketika di I-city Shah Alam

7/12/2010
Cuti Maal Hijrah 1432


Selepas ke Pusat Sains Negara dan Majlis MSS2010 tu kami ke I-city. Nak tengok lampu cantik :). Kami sampai awal kat sana. Belum pukul 7 malam . So, tak kena bayaran pun. Duk rehat-rehat kat sana sambil menunggu lampu2 tu menyala. Tapi akibat dah tak tahan dengan badan melekit, sekejap jelah kami kat sana, bapak ajak balik...tapi sempatlah lampu menyala cuma tak sempat suasana malam yg gelap lagi...bahagian yg kat bawah pun belum buka lagi. Takpelah, ada rezeki kita ke sini lagi...

Warna-warni...cantik!! kan?. Masa ni dalam pukul 7pm. Malam belum belap lagi.


Bapak: Isa, tengok tu ada frog.
Isa: Mana?
Bapak: tuuuu
Isa: Mana??
Ismail: Niiiiii sambil tunjuk lampu yg dibentukkan jadi frog.
hehehe....

Isa: ibu, ambil gambar saya dgn frog....:)

bahagian bawah masih belum buka...

Jom balik!...

sempat lagi ...