Saturday, May 16, 2009

3 hari

Alhamdulillah minggu ni Allah pilih bapak utk keluar 3 hari...moga ianya bawa kebaikan buat kita sekeluarga dan umat seluruh alam. Kali ni bapak ke Mildura...bertolak mlm ni dan Ahad malam akan balik semula.

Nilai berkorban di jalan Allah swt

Maksud hadith, dari Abu Harairah ra. Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: "Allah swt menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan untuk berjihad di jalanNya dan untuk membenarkan kalimahNya, bahawa Allah swt akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembali oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang di perolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan." Bukhari, muslim.

Maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al rh bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah swt, maka Allah swt mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka." Al-Bukhari, Tirmizi,An Nasai.


Dalam seminggu ni bapak tension sangat dengan study dia...moga dia dpt ketenangan ketika keluar 3 hari ni...Balik nanti dpt semangat baru ...InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment